Pages

klik klik klik

Wednesday, August 12, 2015

Sekadar mimpi


















Kau datang kepadaku
Membawa sekuntum bunga merah
Kau berikan padaku
Ku malu

Kau tanyakan padaku
Sudikah aku menemanimu
Aku tertunduk kerna
Ku mahu

Tapi tu semua mimpi
Jauh tuk gapai realiti

Handsome, kacak, bergaya
Pakej semua tu pada kamu
Pemalu, pendiam, pendendam
Itu pula hanya aku

Mana pipit dan enggang
Mana bisa bersama terbang
Takkan pula langit dan bumi
Takkan cintanya bersemi

Bagaikan sang pungguk sepi
menunggu bulan nan dirindui
Bulan yang tak mungkin
Jatuh di riba

Walau kasihmu ku damba
Redhaku ketentuan yang Esa
Bukan takdirku
Dengan dirimu
Kerana ku sedar ini mimpi
Mimpiku hanya sekadar mimpi

xoxo,
smf

Tuesday, October 7, 2014

Tips diet mudah

Assalamualaikum uollss..

Nak kuruih tak? Sini iollss nak kongsi sikit tips. Mudah dan simple jee.



1. Breakfast like a king, lunch like a queen and dinner like a pauper.
Haa..uolls pernah dengar kan. Korang pergi lah mana-mana tips suruh diet mesti dia suruh korang amik breakfast. Penting! 

Tapi aku terbalik sungguh la. Breakfast tak hambik, lunch makan ala kadar, tapi dinner melantak bagai nak gila. Plus supper yang superb lagi. Haha. Jangan follow aku naa.


2. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan makan dengan perlahan.
Makan secara perlahan menyebabkan kita cepat kenyang. Namun tiada guna kalau makanan dalam pinggan kita itu berbukit-bukau. So, kena reduced kuantiti. Barulah menjadi. Percayalah. Makan pelan-pelan ni akan buat makanan cepat cerna. So faham-faham lah. Malas nak explain.

Aku selalu makan lelaju sebab tak nak cepat kenyang. Jangan ikut perangai aku ni.


3. Makan ala forever loner
Means korang kena makan sensorang. Kekadang makan dengan kengkawan or family menyebabkan nafsu makan bertambah-tambah. Lepastu makan sorang-sorang kan tak best. Korang akan rasa bosan dan tiada selera untuk menambah sepinggan lagi.


4. Makan di dapur
Dapur adalah tempat yang paling bosan untuk makan. Bagi aku lah. Tak tau lah korang. So, korang bila time makan tu sila duduk di dapur. Jangan mengada-ngada pergi makan depan tv atau depan laptop melayan drama korea. Dan juga jangan makan di luar berteman langit gelap bersama bintang-bintang berkelipan. Jangan ok!


5. Berpuasa
Kalau korang diet style tak makan itu sangat tidak sihat ok. Lebih baik korang berpuasa. Kalau puasa ni kita akan kurang rasa lapar. Percayalah. Sangat digalakkan berpuasa lebih-lebih lagi ketika korang sedang menelaah pelajaran. Seriously, study memang akan buat korang lapar nak gila sebab otak memang berfungsi kaw-kaw. So, bila puasa, bila study, tak boleh makan, dan kurus. Haha. Tapi niat kena betul. Puasa kerana Allah bukan sebab nak kurus.


Rasanya ni je kot tips simple diet yang boleh aku share. Senang je kan. Sesungguhnya aku bukan manusia diet tapi azam itu ada tatkala kena berjalan jauh, naik turun tangga. Penat dohh kalau badan macam tong gas. Tak ke best kalau badan ringan macam belon. Tak cepat mengah kan.

siti gemok. saya kurus. lalalala


Thats all from me.

Salam.

xoxo,
samofa

Wednesday, June 4, 2014

Friday, May 9, 2014

Rahsia Tarikh Lahir

Jom cekedaud rahsia disebalik tarikh lahir korang. Kali ni rare sikit sebab dikelaskan mengikut haiwan. Boleh cekedaud sekali untuk pasangan korang. 
Januari 01-09 ~ hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang 
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati 

»»» maksud/erti :

# Jerung:
 Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

# Tikus: 
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# Singa: 
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# Kucing: 
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# Kura-kura: 
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# Merpati: 
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# Harimau Bintang: 
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# Hamster: 
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.
Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan..

notakaki : Aku jerung yang manis, setia, jujur deng deng. haha. korang pulak bagaimana?
notakaki 2 : hanya suka suka share. toksah bawak cerita khurafat pulak.

credit : fb Kakinovel

xoxo,
samofa

Thursday, April 24, 2014

Diam













Beraduku di lewat tiga pagi
Tercelik mataku bagai ada yang memerhati
Separuh sedar aku cuba kecam
Si dia letak jari di bibirnya 

"Diam"

Refleksi pantas ku tuju penghujung
Jalan mati
Akal mati

Telapak tangan aku satukan
Rayu si dia bawalah diri
Mungkin suaraku menggusar
Dikatanya ke aku

"Diam"

Mungkin buntu aku tak pasti
Mengganggu ulitan mimpi temanku
Sama seperti aku
Terjaga kebingungan ketakutan
Bilangnya

"Diam"

Sekali lagi aku dituju
Rintihku langkahnya terhenti
Minta tercetus dibibir
Ugut kasar dilempar
Berlalu pergi membawa misteri
Meninggalkan aku sang trauma
Berbekal kesyukuran 

Kerana aku tahu aku lemah
Aku diam

xoxo,
samofa

Sunday, March 9, 2014

#SundaySong : #2 Spider - Kita Satu


Spider - Kita Satu
(Lyric with Guitar chord)

Am          G
Seringku bertanyakan
C                Dm
Di manakah hatimu sayang
Am           G
Kian lama ku simpan
C                Dm    E      F
Penyesalan cinta dalam diam


                   G                Em
Sampai bila harusku pendam
                   Am        Dm
Layan cinta dan perasaan
                    F           E
Dengan lafazku bisikkan


Am   Dm    G                C
Kita telah ditakdir bersama
  Am     Dm        E
Teman hidup di dunia
  Am     Dm
Malam siang
  G            C
Kita jadi satu
       F                E            Am
Kerana engkau adalah milikku


C                   G          Am
Pegang tanganku seeratnya
          F                G
Dunia ini beputar ligat
C               G            Am
Mengapa harus ada sesal
       Em               F      C         G        E
Andainya tersungkur tetap bersama   oo...


Seciput ulasan
Sangat suka lagu ni! Suara tam superrbbb beb!! Boleh fefeelinglah dengar..madah nak fefeeling je aku ni..apalah nak jadi ngan anak cek pozi ni yek..

xoxo,
samofa

Wednesday, February 26, 2014

メッシー言葉

愛する私の愛 

すべてのあなたの夢が叶うたい 

私はあなたを愛し、私はあなたにそんなに欠場 

グッドナイト 
と甘い夢